Sulit
3 tahun
Budak 7 thn kerap sendawa
Ank saya berumur 7 thn kerap sendawa adakah itu Gerd?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, antara gejala lain GERD adalah:
- pedih ulu hati, selalunya selepas makan atau apabila baring
- rasa seperti makanan naik kembali ke mulut dari perut
- rasa pahit atau asid dalam mulut
- air liur berlebihan
- sakit tekak
- batuk berpanjangan
- perut berangin
Geja kerap sendawa yang dialami oleh anak anda berkemungkinan disebabkan oleh perut berangin. Masalah ini boleh disebabkan oleh GERD dan juga beberapa penyakit lain seperti;
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sukar untuk kami mmebuat kesimpuan hanya dengan gejala kerap sendawa yang anda terangkan di atas. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.