
ngaranden14
5 tahun
Buku lali kaki kanan berpaling ke arah kiri
Setiap Kali saya ingin berjalan,bahagian buku lali kaki kanan saya akan coba menghadap ke arah Kiri(seperti Kaki Kiri menampung berat badan dan buku lali kanan menampung berat badan).Hal ini menyebabkan badan saya kurang stabil lalu terasa ingin jatuh atau condong ke arah kanan.Saya juga mendapati bahawa bahu kanan saya turun ke arah bawah kanan sedikit ketika berjalan Dalam keadaan yang telah saya nyatakan tadi.Apakah ini disebabkan oleh tubuh saya Yang obesiti?(tinggi:175 cm,berat:103 kg) dan apakah penyakit ini bisa membawah maut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai perubahan gaya berjalan anda. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah pelvis
- obesiti
- osteoartritis
- sakit belakang
- masalah saraf
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.