
ilyanaatirah19
5 tahun
Bulu kaki panjang secara tiba tiba
Saya wanita berusia 20 tahun dan saya dapati bulu kaki saya di bahagian betis semakin memanjang. namun saya tidak mencukur atau menggunakan apa apa losyen atau krim sapu. mengapa bulu kaki memanjang secara tiba tiba?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bulu yang panjang secara tiba-tiba disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat sesetengah ubatan
- Polcystic ovarian syndrome (PCOS)
- Cushing syndrome
- Congenital adrenal hyperplasia
- Tumor yang melepaskan hormon
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.