
Sulit
5 tahun
Bulu lebat seperti lelaki
Saya remaja perempuan yang ada masalah bulu lebat seperti kaum lelaki terutama pada tangan, kaki and perut semuaa anggota badan bulu lebat. Boleh saya makan pil hormon seperti diane35 untuk kurangkan masalah bulu yg saya hadapi ? Atau ada cara lain yang boleh hilangkan secara permanent selain laser ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bulu lebat (seperti lelaki) pada wanita boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Polycystic ovarian syndrome (PCOS) yaitu sejenis masalah ketidakseimbangan hormon
- Cushing syndrome apabila tahap hormon kortisol dalam badan terlalu tinggi akibat konsumsi berterusan ubatan yang mengandungi steroid seperti sesetengah jamu
- Hiperplasia adrenal kongenital - keadaan genetik yang mana tubuh mengeluarkan hormon steroid dalam kadar yang tinggi
- Tumor di ovari atau di kelenjar adrenal
- Ubat-ubatan
Sebaiknya anda merujuk dahulu ke doktor untuk mengetahui apakah anda mempunyai sebarang masalah kesihatan diatas. Hal ini adalah agar masalah kesihatan anda dapat diubati dari akar pokok penyebabnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.