
Sulit
3 tahun
Burning sensation di perut dan dada, pedih
Saya wanita berumur 20 tahun. Kronologi kesakitan yg saya alami adalah seperti berikut. Pada hari pertama, perut saya asyik berbunyi dan dada saya terasa sempit sehingga buat kan saya sukar bernafas. Seolah2 saya tidak puas mendapatkan oxygen. Hal ini berlarutan dlm lebih kurang 3 hari, kemudian sesak nafas saya berkurang… Tapi sakit dada saya masih ada, rasa seperti dada dihempap terutamanya sewaktu baring. Dan saya mulai rasa burning sensation di dada, perut terutamanya tengah malam kerana saya tidak dpt lena dan perut berbunyi2. Kemudian kadang2, di bawah rusuk kiri saya terasa sakit. Perut saya juga kembung dan dada terasa seperti terbakar(burning sensation), dan baru2 ini saya sakit di bahagian belakang. Bolehkah saya tahu apakah kemungkinan sakit yang saya hidapi dan apakah supplements yg boleh saya ambil, ataupun langkah merawat. Terima kasih in advanced.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami bahawa anda berasa bimbang mengenai rasa pedih di dada. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Penyakit GERD
- Gastroenteritis
- Penyakit peptic ulser
- Gastritis
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Pancreatitis
Sebelum mengambil apa-apa ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor