
Sulit
3 tahun
Butir2 halus pada bibir
Saya lelaki berumur 23 tahun.Saya baru perasan ada butir2 pada bibir baru saja keranan rasanya sebelum ni tiada.saya bekas perokok dan butir2 tu tak memberi apa2 sakit pada bibir

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi pihak DoctorOnCall untuk bertanyakan masalah anda.
Kami memahami bahawa anda bimbang akan butir-butir halus pada bibir. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala sedemikian boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Fordyce spot
- Ulser di bibir
- Milia
- Gangguan pigmen kulit
Akan tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh kondisi kesihatan yang lebih serius, seperti:
- Kanser mulut
- reaksi alahan
- herpes simpleks -jangkitan virus
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.