
Sulit
3 tahun
Cabut gigi selepas sehari divaksin
Saya wanita 20an . Saya vaksin 1/7 dan saya cabut gigi pada 2/7 . Adakah akan menyebabkan komplikasi atau kematian ? Sebab kebanyakkan org cakap bahaya dan bius akan menyebabkan saya boleh mati dalam masa 2 / 3 hari . Adakah benar? Tolong sgt jawapan . Sy sangat takut

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang penerimaan vaksin covid-19 dan prosedur cabut gigi. Kami akan cuab memberi penerangan.
Untuk makluman anda, pemberian vaksin tidak mempengaruhi rawatan pergigian anda. Anda boleh rujuk sendiri doktor gigi anda untuk kepastian sekiranya anda masih ragu-ragu.
Vaksin adalah bertujuan melindungi anda, bukan membahayakan anda. Aktiviti harian anda boleh dilakukan seperti biasa. Anda dinasihatkan untuk tidak terlalu risau dan jangan mempercayai berita atau fakta dari sumber tidak sah.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini