
Sulit
4 tahun
Cacing semasa buang air besar
Saya wanita berusia 20 tahun.Soalan saya ialah apabila saya buang air besar,terdapat cacing pada najis saya.Adakah saya perlu mendapatkan rawatan daripada doktor atau boleh sahaja dapatkan ubat cacing di farmasi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. pada pendapat saya, anda mengalami masalah cacing dalam saluran usus.
Untuk masalah ini, saya sarankan untuk anda berjumpa dan dapatkan pemeriksaan daripada doktor dahulu sebelum meneruskan niat untuk mengambil ubat cacing yang boleh didapati di farmasi.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.