
Sulit
4 tahun
Caeser melahirkan anak
Saya dh 3kali caeser lahirkn ank.sy teringin nk pregnant lg .adakah sy boleh pregnant lg

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapatlah risiko untuk kepecahan rahim sekiranya anda melahirkan anak keempat.
Terdapatlah kemungkinan juga boleh mengalami kesan seperti:
- Perlekatan uri
- Plasenta Previa (Uri di bawah)
- Pendarahan berlebihan selepas kelahiran anak
- Perlekatan luka pembedahan di permukaan tisu sekeliling
- Risiko trauma kepada organ sekeliling
- Kesan sampingan ubat anesthesia
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.