
Sulit
4 tahun
Caffox dan kehamilan
Hai doktor…dalam tempoh 2bulan ni boleh dikatakan setiap hari saya akan makan 2@3 biji caffox sehari untuk migrain saya tapi baru2 ni saya dapat tahu yang rupanya saya sedang hamil cuma tak pasti usia kandungan sebab saya masih makan oralcon dan tak pernah miss…adakah kandungan saya berbahaya kerana apa yang saya tahu caffox tak dibenarkan pengambilannya pada ibu hamil…adakah pengambilan caffox menganggu fungsi utama oralcon…diharap doktor jika sudi menjawab pertanyaan saya…terima kasih…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Seeloknya, anda berhenti mengambil ubat Caffox terus dan berhubung dengan mana mana doktor berdekatan untuk mengambil ubat migrain yang sesuai diambil oleh wanita mengandung.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.