
Anonymous
5 tahun
Cairan coklat terang keluar dari faraj
Saya wanita berusia 22 tahun. Sejak semalam 22hb julai saya perasan ada keputihan berwarna coklat terang pada panty liner saya. Yang mana kurang normal bagi saya sebab last period saya pada 11julai dan saya ada melakukan hubungan intim pada 19hb julai. Boleh saya tahu punca dan apa yang saya perlu lakukan kerana pada hari ini 23hb cairan coklat itu agak pekat dan merisaukan saya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cairan coklat yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan - anda boleh melakukan ujian air kencing untuk mengesahkannya
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.