Sulit
2 tahun
Cairan dari payudara
Saya berumur 21 dan saya dapati ada cairan keluar dari payudara saya.adakah itu normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham bahawa anda bimbang tentang cecair yang kelyuar daripada payudara anda. Namun jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Mengalami cecair yang keluar daripada payudara anda boleh menjadi normal walaupun anda tidak menyusukan anak ataupun hamil. Ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon dan juga perubahan fibrocystic terhadap payudara.
Walaupun begitu, anda perlu memberikan perhatian sekiranya payudara anda menunjukkan perubahan atau gejala ini:
- Sakit payudara atau sakit dada
- Puting berdarah atau mengeluarkan nanah
- Terdapat rekahan atau luka
- Payudara menjadi merah
- Perubahan kulit payudara
- Terdapat ketulan semasa melakukan pemeriksaan payudara
Kami sarankan anda untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.