Sulit
6 tahun
Cairan kuning ketika membuang air kecil
hi. saya mengalamai kencing bernanah pada 12/10 kerana saya mendapati ada cairan putih keluar dari saluran kencing saya. saya juga mengalami kesakitan ketika membuang air kecil. Apakah rawatan yang perlu saya terima?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kesakitan dan nanah yang keluar dari kemaluan anda boleh disebabkan:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea jika ada melakukan hubungan seks bebas
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi memastikan rawatan yang bersesuaian dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































