
Sulit
4 tahun
Calcinosis scrotalis
terdapat biji biji pada kulit zakar saya adakah ia calcinosis scrotalis…cara rawatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat berkenaan anda sebelum anda mengalami masalah biji-biji pada bahagian kemaluan anda. Berikut merupakan beberapa sebab yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Lipoma atau gumpalan lemak
- Sebaceous cyst disebabkan kelenjar peluh tersumbat
- Varicocele atau pembuluh darah yang tidak kompeten pada skrotum anda
- Jangkitan kelamin (sifilis, gonorrea)
- Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian, anda perlu berjumpa dengan doktor supaya puncanya dapat diketahui dan supaya rawatan boleh diberikan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor pakar kami. Terima kasih.