
Sulit
4 tahun
Canabis include pyschosis
Suami saya disah kan menghidap penyakit canabis included pyschosis…dia dh dapatkan rawatan di ward psikiatri…tapi masalah suami saya masih 50/50 untuk berenti mengambil canabis…saya nak tanya boleh ke suami saya sembuh jika dia mengambil canabis Dan dlm Masa yg sama dia mengambil ubat risperidone 1mg & 2 mg…Dan boleh ke suami saya sembuh jika dia menjalani rawatan pusat pemulihan Dan dlm Masa yang sama dia menghidap penyakit pyschosis…saya berharap pihak tuan/puan dapat membantu saya…saya betul2 buntu…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, pengambilan ganja adalah dilarang di sisi undang-undang dan juga boleh membahayakan kesihatan am tubuh badan. Kami nasihatkan pihak suami anda agar menghentikan pengambilan ganja dengan mengambil rawatan rehabilitasi dan juga mendapatkan kaunseling. Pengambilan bersamaan dengan ubat rawatan boleh menjejaskan tujuan terapi.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih