
Sulit
5 tahun
Cancer di kerongkong/tekak
Adakah terdapat cara utk merawat cancer di kerongkong atau tekak yg berada di peringkat awal? Adakah cancer tersebut boleh dibuang ? Apakah yg dapat saya lakukan utk menyelamatkan seseorang dr penyakit cancer ini ? Tolong bantu saya …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, pihak kami atau mana-mana doktor sekalipun memerlukan maklumat lebih lanjut sebelum menyarankan rawatan bagi sesuatu penyakit, apatah lagi bagi kanser. Pelbagai ujian dan pemeriksaan terhadap masalah kanser tersebut perlu diketahui seperti jenis, saiz, tahap dan juga latar belakang kesihatan lain pesakit tersebut.
Sekiranya anda mengenali seseorang yang mengalami penyakit kanser tekak, sila rujuk pesakit ini kepada doktor dan berbincang tentang rawatan yang sesuai. Regimen rawatan haruslah dipatuhi agar rawatan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha menyembuhkan penyakit kanser tersebut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.