
Sulit
5 tahun
Cancer test because of pain at head and back
Hi doctor, apakah ujian bagi mengesan seseorang itu mempunyai cancer atau tidak?
Dan apakah procedure yang harus dilakukan di government hospital untuk menjalankan ujian tersebut?
Pilihan lain, apakan procedure yang harus dijalankan di hospital swasta sekiranya ujian tersebut tidak DA pat dijalankan di hospital kerajaan?
Thank you

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ujian untuk mengesan kanser ada terdapat di hospital swasta/ kerajaan. Bergantung pada jenis kanser, ia boleh dikesan melalui imbasan CT/MRI. Namun bagi mengesahkan samada ketumbuhan adalah kanser yang malignan, biopsi perlu dijalankan.
Untuk makluman tuan/puan, untuk menjalani ujian ini, anda memerlukan surat rujukan daripada doktor dan ia hanya akan diberikan apabila anda memberikan maklumat lanjut tentang masalah yang anda hadapi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.