
Sulit
4 tahun
Cara bagaimana makan pil perancang
Berkenaan dengan pil perancang. Saya sebelum ini ada mengambil suntikan depo dan kemudian saya stop ambil suntikan dan suami telah membeli pil perancang dari farmasi. Pil perancangn ini ada 28biji, bagaimana cara untuk saya mengambilnya. Anak pertama saya ambil pil perancang tetapi 21biji sahaja, bagaimana pil perancang untuk 28biji. Untuk pengetahuan doktor , dari bulan feb saya tidak datang period sampai sekarang tetapi saya sudah buat ujian kehamilan ianya negatif. Saya tunjukkan ubat yang saya dapat dari farmasi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, perbezaan pil yang anda ambil sekarang berbanding dengan pil sebelum ini dimana anda anda 7 hari ‘cuti’ dari pil, pil dengan 28 biji ini ditambah dengan 7 biji pil placebo. Oleh itu, setiap hari anda harus mengambil pil tersebut. Setepah habis satu papan, anda harus memulakan dengan papan yang baru.
Setelah anda memulakan pil perancang ini, ianya mengambil masa 7 hari untuk berkesan. Oleh itu, anda disarankan untuk mengamalkan kaedan perancang lain buat tempoh tersebut sekiranya anda melakukan hubungan intim seperti kondom.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.