
Sulit
3 tahun
Cara bagaimanakah saya mahu mencegah kehamilan dan mengugurkan kandungan sekiranya mengandung
Saya wanita yang baru saja berkahwin… suami saya melakukan hubungan dengn saya dan kondom yang digunakan terkoyak… bagaimanakah cara saya mencegah kehamilan dengan efektif dan selamat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Puan berminat untuk mengetahui lebih tentang cara mencegah kehamilan khususnya selepas melakukan hubungan dengan suami iaitu Kontraseptif kecemasan aka ‘pil selepas pagi’)
Terdapat dua jenis untuk emergency contraception
Pil kontraseptif kecemasan (ECP) berasaskan hormon, juga dikenali sebagai “pil selepas pagi,” Ia boleh diambil sehingga 120 jam (lima hari selepas persetubuhan tanpa perlindungan, tetapi berkesan apabila diambil dalam masa 72 jam (tiga hari)
Peranti dalam rahim tembaga (IUCD) boleh dimasukkan dalam tempoh lima hari selepas persetubuhan tanpa perlindungan dan dikeluarkan selepas haid berikutnya atau kekal di dalam selama tiga atau lima tahun, menyediakan pencegahan kehamilan jangka panjang.
Saya mencadangkan puan mendapatkan nasihat berkenaan untuk merancang kehamilan daripada pakar sakit puan.
Perancangan keluarga penting untuk kesejahteraan rumah tangga. Khidmat nasihat pakar, dapat membantu anda!
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.