
Sulit
3 tahun
Cara berhenti isap ais
Masalah sukar berhenti

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Pagophagia atau ketagihan terhadap ais batu boleh menandakan kondisi tubuh yang kekurangan zat & nutrisi atau gangguan pemakanan. Bahkan ketagihan yang melampau juga seperti ramai sedia maklum boleh mengganggu kualiti hidup seseorang. Tambahan lagi mengunyah ais juga boleh menyebabkan masalah gigi, seperti kehilangan enamel dan kerosakan gigi.
Namun, lazimnya pengubatan dalam menanggani ketagihan memerlukan preskripsi dari doktor yang bertauliah, namun buat sementara waktu, kami menasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kerisauan & ketagihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri apabila cuba menahan ketagihan
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.