
Sulit
4 tahun
Cara-cara mngambil pil perancang yasmin selepas stop ambil suntikan untuk merancang kekeluargaan
saya nak tanya… saya nak ambil pil perancang yasmin tp sy blom period lagi… so mcm mne sy nak proceed mkn pill tu… sbb sblum ni sy amik suntikan utk merancang… tp sy dh stop… last cucuk 9/7… so spnjng sy ccuk mmng sy tak period… 1tahn lebih jgk ambil suntikan tu… macam mana ye nak mkn pill yasmin tu? nk kne tggu period jgk ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai pengambilan pil perancang yasmin setelah berhenti menggunakan suntikan sebagai alat kontraseptif. Untuk makluman anda, demi keberkesanan perancangan keluarga yang lebih tinggi, anda boleh mencuba untuk meneruskan pengambilan pil perancang itu tanpa ada waktu jurang selepas mengambil suntikan tersebut.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun, kami lebih sarankan untuk berjumpa dengan doktor yang memberi preskripsi ubat itu untuk mendapatkan konsultasi lebih lanjut. Pastikan anda mengambil ubat tersebut tidak kira waktu hari, asalkan anda memilih tarikh yang sesuai dan senang untuk diingat.
Sila pantau kesan sampingan pil perancang yasmin yang terdapat tertulis atas produk tersebut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.