
nabilahtajudin08
5 tahun
Cara cuci tuala wanita
saya wanita berusia 18 tahun,saya datang bulan secara teratur tetapi saya tidak menggunakan tuala wanita yang dijual di watsons atau mana pasaran,sebaliknya saya pakai tuala jenis kain cotton dan saya basuh tuala kain itu dengan menggunakan detergen campur klorox utk menghilangkan kesan darah yang degil utk ditanggalkan,selepas selesai mencuci dan merendam dlm klorox saya terus jemur dan pakai semula pada bulan seterusnya…soalan saya,adakah berbahaya saya membasuh tuala wanita tersebut menggunakan klorox?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, untuk tuala wanita jenis pakai ulang, pencucian regular menggunakan deterjen pencuci baju biasa sudah cukup. Bagi kotoran degil pula, belum ditemui regulasi atau kajian tentang bahaya penggunaan clorox pada tuala wanita.
Sebagai tips tambahan, adalah digalakkan untuk anda menggantikan tuala wanita anda setiap 3 hingga 6 jam. Serta, adalah digalakkan untuk anda memastikan penggunaan setiap kain tersebut tidak boleh melebihi setahun.
Bagi keterangan tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.