
Sulit
5 tahun
Cara diet atau senaman untuk pesakit GERD
Hi, 2 bulan yg lalu saya ada pergi ke hospital setelah mengalami masalah seakan sukar bernafas(seakan tak puas bernafas), rasa gemuruh dan tangan seakan lemah apabila digenggam. Saya telah melalukan ecg dan tft dan resultnya negatif. Doktor hanya memberi saya paracetamol dan antibiotik waktu itu kerana menurut beliau tekak saya kelihatan sedikit merah. Setelah seminggu, symptom tersebut mulai hilang setelah saya mengambil ubat yg diberi tetapi rasa seakan acid makanan naik ke kerongkong dan rasa sengal pada sendi badan masih ada.
Apa yang saya perlu lakukan untuk mengatasi masalah acid reflux ini? Adakah diet makanan atau senaman yang boleh saya praktikkan untuk mengurangkan atau menyembuhkan GERD ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah reflux itu sendiri adalah tidak normal. Maka untuk anda mengalami reflux setiap hari, sepanjang hari untuk sebulan tentunya tidak normal.
Antara rawatan untuk merawat masalah reflux ini adalah:
- Perubahan cara hidup
- berhenti merokok
- mengekalkan berat badan ideal dengan bersenam. Hal ini kerana, obesiti boleh menyebabkan risiko untuk anda mengalami refluk adalah tinggi.
- mengelakkan makanan yang boleh menyebabkan refluks
- jangan baring sejurus selepas makan
- meninggikan bantal di kepala ketika berbaring
- Ubat-ubatan
- Antasids untuk meneutralkan asid perut
- H-2-receptor blockers untuk mengurangkan pembuatan asid
- Perencat pam proton (proton pump inhibitors)- ubat ini lebih berkesan untuk mengurangkan pembuatan asid bagi memberi masa untuk tisu esofagus sembuh
- Ubat untuk menguatkan otot yang memisahkan esofagus dan perut seperti baclofen
Sekiranya ubat-ubatan tidak dapat mengawal simptom GERD, rawatan lain mungkin ditawarkan. Seperti:
- Fundoplication- otot bawah yang memisahkan esofagus dan perut diketatkan dengan membalut disekelilingnya bahagian atas perut bagi mengetatkan otot tersebut
- Alat LINX- merupakan cincin magnetik membalut kawasan antara perut dan esofagus dengan menggunakan cincin magnetik bagi mengetatkan otot tersebut
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.