drherbaprima
6 tahun
Cara Jangkitan Covid
Salam Sejahtera,
Saya nak bertanya perlukah kita disinfect setiap barangan dapur yg dibeli dikedai sprt makanan dlm tin, maggi mi dan sbgnya misalnya merendam dlm air panas supaya virus covid yg ada pd barangan tersebut mati. Jika tidak perlu utk disinfect barang2 tersebut bole tak doktor bagitau saya bolehkah seseorang yg positif covid memindahkan virus ini melalui sentuhan kpd barangan tersebut misalnya makanan dlm tin. Itu sahaja terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Seseorang yang positif untuk COVID-19 boleh memindahkan virus tersebut apabila dia batuk atau bersin ke dalam tapak tangannya dan tidak mencuci dengan sabun atau sanitizer. Oleh itu, langkah di mana etika batuk dan bersin ditekankan haruslah dipatuhi oleh semua orang, tidak kira positif atau tidak untuk COVID-19. Hal ini kerana terdapat segelintir pesakit yang mendapat tahu status positif COVID-19 mereka setelah beberapa hari mengalami simptom jangkitan virus ini. Makanan di dalam bungkusan tersebut tidak perlu melalui pembasmian kuman. Hal ini kerana virus tersebut cuma di bungkusan luarannya sahaja. Sekiranya makanan tersebut perlu dimasak, virus ini akan dibunuh oleh suhu yang tinggi.
Saya beharap jawapan ini memberi pencerahan kepada anda. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































