
Sulit
4 tahun
Cara kira usia kandungan
saya nk tny dktor…isteri period last pertghan disember da sudah lama tidak bersama.pd 7jan kiteorg bersama…n tiba2 upt test positif…brapa usia kndungan tersebut n bagaimane nk kira

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, untuk mengira usia kandungan adalah berdasarkan dari tarikh hari pertama terakhir isteri anda datang haid (last menstrual period atau LMP). Namun begitu, untuk mengira usia kandungan berdasarkan LMP, kitaran haidnya perlulah tetap (regular) selama 28 hari tanpa menggunakan apa-apa bentuk perancangan keluarga.
Anda boleh menggunakan kalkulator usia kandungan di mana-mana laman web dengan menaip “pregnancy age calculator” di enjin carian (Google, Yahoo, MSN dan lain-lain) dan masukkan segala maklumat ke dalam kalkulator tersebut.
Berikut merupakan beberapa sebab mengapa haid seseorang wanita datang lewat dari waktunya:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Walaupun begitu, kami sarankan anda membawa isteri anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dan pengesahan kehamilan dapat dilakukan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.