
Anonymous
5 tahun
Cara kurangkan jeragat
saya nak tanya cara untuk kurangkan jeragat pada wajah. dan skincare yang dr suggestkan untuk saya guna…kulit saya agak sensitif dan berminyak… tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)bercakap dengan doctor.
Jeragat merupakan salah satu masalah dermatilogikal yang amat sering berlaku, tidak mengira usia. Antara cara untuk menghilangkan jeragat:
• Cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut. Pastikan muka dicuci dengan bersih sebelum tidur
• Gunakan produk kecantikan semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya dan tidak menyebabkan berminyak
• Pilih pencuci muka atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
• Amalkan pemakanan sihat
• Bersenam untuk membaiki pengaliran darah ke muka
• Sinaran matahari perlu dielakkan, anda perlu pakai sunblock ketika keluar
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Anda juga boleh whatsapp ke 0125103569 untuk mendapat maklumat mengenai ubat sapu atau makan yang sesuai dengan mendapat 20% diskaun dan RM20 off. Terima kasih.