
Sulit
5 tahun
Cara makan dan kegunaan ubat antiviral
Saya sedang menjalani kuarintin di rumah selama 14 hari atas arahan pihak doktor dan doktor ada memberikan saya ubat antiviral osmivir capsule 75 mg kerana ketika diperiksa saya ada sakit tekak dan batuk… tapi doktor yg memeriksa saya tidak memberitahu berapa dos yg saya perlu ambil dlm sehari dan sekrang saya hanya batuk dan sakit dada sahaja sakit tekak saya sudah berkurangan…adakah saya perlu terus habiskan ubat antiviral tersebut dan berapa dos yg tepat untuk ubat antiviral ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kami tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang dos ubat tersebut kerana terdapat pelbagai aspek yang menentukan dos tersebut seperti punca masalah anda. Menjadi satu kemusykilan mengapa doktor yang memberi preskripsi ubat tersebut kepada anda tidak memberitahu dos ubat tersebut. Hal ini kerana, menjadi tugas doktor memberitahu dos kepada pesakit agar pesakit tidak mendapat kesan buruk akibat terlebih dos. Oleh itu, sila rujuk kepada doktor tersebut kerana kami tidak boleh mengulas tentang dos yang anda perlu ambil tanpa maklumat kesihatan anda yang lengkap.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.