
noorainiharun
2 tahun
Cara makan pesakit stroke
Assalamualaikum & hye doc, ayah saya , 70 tahun telah mengalami mild stroke sejak bulan lepas. sejak bulan lepas dia hanya makan menggunakan tiub NG sahaja. oleh kerana ayah hanya stroke/lemah di bahagian kanan shj, tiub NG yg digunakan utk makan sering kali ayah cabut. kami terpaksa memnggil medical assistant dari klinik yang berdekatan untuk memasukkan semula .minggu lepas, sekali lagi ayah saya mencabut tiub NG dan refuse untuk masukkan tiub tersebut sehingga menyebabkan saya membuat keputusan untuk mencuba memberi makanan(berbentuk cecair : susu /bubur) dengan menggunakan sudu secara perlahan-lahan. saya mendapati, ayah boleh menelan makanan tersebut secara perlahan-lahan tapi dengan kuantiti yang sedikit.jadi kami mencuba untuk memberi dengan kuantiti yang sedikit tapi sekerap yang mungkin untuk mengelakkan ayah saya mengalami kekurangan makanan. soalan saya, haruskan kami memberi makan kepada ayah saya melalui mulut ataupun ayah perlu memakai tiub NG itu lagi ?terima kasih doc

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, biasanya pesakit stroke diberikan makanan dan air secara NG tube adalah kerana selepas serangan strok, dalam kebanyakan pesakit mengalami gangguan saraf pada bahagian kerongkong dan ini boleh menyebabkan makanan masuk ke paru-paru pesakit tanpa disedari. Manusia biasa akan tersedak apabila perkara ini terjadi, tetapi bagi pesakit stroke refleks ini mungkin tidak berfungsi dengan baik lagi. Perkara ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru dalam pesakit strok.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berbincang dahulu dengan doktor dan kemungkinan ujian kebolehan menelan perlu dijalankan sebelum membuat keputusan untuk memberi makanan kepada ayah anda dengan suapan atau masih perlu diberikan NG tube feeding.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih