Sulit
6 tahun
Cara makan pil perancang Diane 35
Hi doc, sy ingin bertanya bila masa yg sesuai sy perlu mulakan pil perancang? Kerana harini adalah period ke 5 sy. Boleh harini sy mulakan memakan pil yg pertama? Kerana sebelum ini sy makan pil perancng yasmin dan pd bulan ini sy bertukar kpd pil perancang diane 35.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pil perancang Diane 35 adalah sebaiknya diamakan pada hari haid pertama anda (iaitu 5 hari sebelum) bagi memastikan perlindungan optimum. Anda boleh mengambil pil Diane 35 ini pada hari ini, namun anda perlu memastikan pasangan anda memakai kondom dalam tempoh sekurang-kurangnya 7 hari ataupun sehingga kitaran haid anda yang seterusnya kerana risiko kehamilan tinggi sedikit apabila pil ini dimulakan pada hari selain hari pertama haid anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan-soalan mengenai pil perancang, anda juga boleh bertanya secara sulit di link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































