
Anonymous
5 tahun
Cara makan pil perancang
Hi doc.Sy nak tnya sy pertama kali makan pil perancang oralcon pada hari pertama sy habis haid.Sy sngt risau sy boleh pregnant sbb sepatutnya sy makan pil trsbt pda pertama kali iaitu pda hari pertama haid. Memandangkan sy makan pada hari pertama lepas haid.So sy sngt risau.lepas tu dlm masa sy makan 1 keping tu sy byk kali lupa mkn ontime. Sy sllu makan wktu pagi.Dan hari ini sy hari ke dua rehat makan pil tp masih blum dtg haid lg. Lpas nie sy nak makan pil perancang jenama yasmin .Dan sy nak bertanya adakah sy makan pil yasmin itu pada hari pertama haid@hari ke8 lepas rehat? tq doc atas. .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, biasanya pil perancang kehamilan seperti oralcon mahupun yasmin perlu dimakan bermula hari pertama haid. Apa jua jenis pil yang anda ambil rujuk pek arahan pada kotak ubat terlebih dahulu untuk mengetahui cara pengambilannya dan ikut arahan tersebut.
Sekiranya anda terlepas makan pil, ikut arahan pada pek untuk langkah yang perlu diambil. Biasanya jika anda terlepas lebih dari dua dos pil, anda perlu mengambil perlindungan tambahan seperti pil perancang kecemasan atau menggunakan kondom.
Sekiranya anda tidak datang haid dalam 7 hari rehat dari pil anda, sila rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian untuk maklumat lanjut. Terima kasih.