
akasyaamara
5 tahun
Cara makan po pil postinor
Saya nak tau. Saya seorang ibu yang mempunyai bayi yg tengah menyusu… tp saya telah bersama suami saya tanpa perlindungan tp buang kt luar …saya nk ambil pil ni cuma untuk berjaga2… saya dan suami PJJ dan suami saya hanya balik sebulan sekali … dlm masa seminggu … adakah dengan hanya 2 biji ini memberi kesan utk seminggu ataupun utk masa makan sahaja

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ubat ini hanya akan memberi perlindungan untuk masa makan sahaja. Walaubagaimanapun, kami menyarankan pasangan anda menggunakan kondom bagi mengelakkan risiko kehamilan kerana pil ini bukanlah sesuatu yang anda boleh guna dengan kerap.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.