
Sulit
4 tahun
Cara makan ubat rigevidon
apakah cara makan ubat rigevidon , terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Untuk makluman anda,tablet rigevideon mesti diambil mengikut urutan yang tertera pada bungkusan kira-kira pada waktu yang sama setiap hari, dengan sedikit cecair/minuman jika perlu.
Satu tablet diambil setiap hari selama 21 hari berturut-turut. Setiap pek berikutnya dimulakan selepas selang 7 hari tanpa tablet selama mana pendarahan biasanya berlaku. Pendarahan ini biasanya akan bermula pada hari ke-2 atau ke-3 setelah tablet terakhir diambil dan mungkin tidak akan berhenti, sebelum pek seterusnya dimulakan.
Tambahan pula, sekiranya anda terlupa memakan pil rigevidon, anda perlu ikuti langkah berikut. JIka anda terlupa mengambil/memakan tablet kurang dari 12 jam, maka anda harus mengambil tablet sebaik sahaja mengingatnya, dan baki tablet harus diambil pada waktu biasa.
JIka kelewatan melebihi 12 jam,maka pengendalian tablet boleh dikendalikan oleh dua peraturan asas berikut:
- Tablet tidak boleh ditangguhkan lebih lama daripada 7 hari.
- Tujuh hari pengambilan tablet tanpa gangguan diperlukan untuk mengekalkan penekanan hormon yang mencukupi.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih