
Sulit
4 tahun
Cara menangani anxiety
Saya berumur 27 tahun, kerap berasa gelisah dan sesak nafas pada waktu malam sebelum tidur. Lately ni saya kerap menangis dan sesak nafas waktu saya sedang tidur. Perkara ini terjadi pada diri saya selepas bapa saya meninggal dunia. Bagaimana cara saya menangani masalah anxiety ini sebabnya saya ada berjumpa dengan doctor di GH tapi tiada rawatan susulan dari hospital malah doctor itu mengesahkan saya mempunyai thyroid? Pendapat doctor yang berbeza dan tidak meyakinkan saya.
Anxiety ini telah mempengaruhi kehidupan harian saya dan saya rasa terlalu tertekan sehingga pernah merasakan tiada sebab untuk saya hidup.
Saya harap doctor dapat membantu saya dalam menangani masalah ini kerana bagi saya ia semakin serious.
Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anxiety d merupakan kondisi mental yang seseorang ini akan mengalami gejala seperti:
- Terlalu rimas
- Ketakutan
- Jantung berdebar-debar
- Sesak nafas
- Perasaan tercekik
- Sakit dada
- Sakit perut
- Loya
- Menggigil
- Perasaan hampir mati
Cara untuk mengatasi yang paling berkesan adalah untuk berjumpa dengan seseorang doktor pakar psikiatri. Doktor pakar ini akan mengajar teknik-teknik pernafasan atau manuver untuk mengurangkan gejala yang dialami. Sekiranya kondisi ini terlalu teruk, doktor pakar ini akan memberi ubatan untuk mengawal kondisi tersebut.
Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.