
Sulit
4 tahun
Cara mengatasi sakit belakang
Saya seorang ibu hamil 2bulan (21tahun),Selepas mandi ketika membongkok ingin memakai seluar tulang belakang saya berbunyi pop dan kini saya tidak dapat membongkok bergerak dengan stabil sakitnya yang teramat.haruskah berjumpa doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah sakit tulang belakang yang berlaku ketika kehamilan merupakan salah satu perkara yang biasa dialami oleh wanita yang mengandung terutamanya pada waktu fasa awal kehamilan kerana ia boleh disebabkan oleh dua faktor iaitu:
- Ketika sepanjang kehamilan, badan anda akan bertindakbalas dengan penyelongaraan sendi dan tulang agar memberi ruang untuk penumbuhbesaran rahim dan juga menjadi persiapan untuk menyambut kelahiran. Ia mungkin dipengaruhi oleh hormon-hormon kehamilan.
- Pembesaran perut dan berat badan akan membebankan lagi jumlah berat yang perlu ditampung oleh tulang belakang anda.
Sekiranya anda mengalami kesakitan belakang yang berlarutan atau sangat teruk, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor sakit puan yang terdekat bagi membantu anda dari segi situasi tersebut. Sementara itu, kami ingin menasihatkan anda untuk mengamalkan pemakanan yang mengandungi nutrisi tinggi seperti vitamin D dan kalsium bagi kekuatan tulang dan juga penumbuhbesaran bayi anda yang sihat dan terjaga.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.