
Anonymous
6 tahun
Cara mengelakkan keguguran
saya wanita berusia 33 tahun baru shj dpt berita gembira dengan kehamilan 5 minggu…bila dan bolehkah sy dapatkan ubat kuatkan rahim…??saya risau keguguran sepertu yg lepas…ni kandungan yg ke 5…4 kandungan yg lepas semuanya gugur bila 8minggu…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, antara langkah penjagaan yang anda perlu ambil perhatian adalah:
- makan makanan yang sihat seperti buahan, sayuran, kekacang, dan susu
- Amalkan makanan tambahan yang kaya dengan karbohidrat, protein dan vitamin
- Jangan ambil ubat tanpa kebenaran doktor
- berhenti merokok sekiranya merokok
- Elak melakukan kerja-kerja berat/ lasak
- Kawal emosi dan elak stress
- Rehat jika sudah penat
Untuk pengesahan dan maklumat lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.