Anonymous
4 tahun
Cara mengeluarkan kahak
Saya harus mengambil ujian kahak kerana suspek TB. Dan kahak saya susah nak keluar. Macam mne nak keluarkan kahak supaya ujian tersebut boleh dijalankan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Rawatan bagi masalah ini bolehlah dibahagikan kepada petua yang boleh digunakan di rumah sahaja atau dengan menggunakan ubat-ubatan yang diberikan oleh para doktor.
minum air suam dengan kerap dan dalam kuantiti yang banyak, dapat mencairkan kepekatan lendir di tekak sekali gus membolehkannya dikeluarkan dengan mudah apabila batuk.
elakkan minum minuman yang sejuk: elakkan gumpalan kahak. Untuk mengelakkan hal ini menjadi lebih rumit, dikehendaki mengelakkan minuman sejuk dan minum air suam sahaja.
kayu manis yang dicampuri sedikit madu dan dibancuh bersama air petua ini tiap-tiap hari pada waktu pagi serta waktu malam sebelum tidur .
ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor untuk membantu mencegah masalah ini ialah ubat ‘anti histamine’ atau ‘steroids’
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih