
Sulit
4 tahun
Cara mengenalpasti tanda-tanda sakit jantung
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya ingin menjalani pemeriksaan darah dan ECG klinik berdekatan. Sebelum itu, boleh saya tahu. Adakah 2 kaedah ni, boleh menentukan tanda-tanda sakit jantung ?
Terima kasih doktor.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ya kedua-dua kaedah ini boleh mengesan jika anda mempunyai masalah jantung. ECG boleh mengesan jika anda pernah mengalami sakit jantung atau sakit jantung yang akan datang. ECG akan mengesan bahagian jantung yang mempunyai kerosakkan atau masalah. Ujian darah boleh mengesan jika anda mempunyai cardiac markers, iaitu protein dalam darah yang dihasilkan apabila anda mempunyai masalah jantung.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!