
Anonymous
6 tahun
Cara mengetahui kehamilan
Bagaimanakah cara untuk mengelak kehamilan jika melakukan hubungan tanpa menggunakan kondom. Saya dan kekasih telah terlanjur dan saya ragu-ragu sama ada adakah dia hamil atau sebaliknya. Kami bersama pada 2 minggu yang lalu. Bulan ini period dia tak datang. Tapi pemeriksaan melalui hcg menunjukkan tanda negatif. Berapakah tempoh yang diperlukan untuk melakukan test hcg? Adakah kebarangkalian untuk dia hamil? Bagaimanakah cara untuk mencegah dari kehamilan apabila telah berlaku hubungan tanpa pelindungan. Terima kasih doktor.

6 tahun
Hai. Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Salah satu suntikan untuk mencegah kehamilan ialah Depo-Provera
Suntikan perancang keluarga mengandungi hormon analog yang mempunyai sifat yang sama dengan progestron. Suntikan ini akan diberi setiap 3 bulan dan mempunyai peratusan pencegahan kehamilan yang tinggi, lebih dari 99%. Dengan itu, para wanita yang memilih untuk mengambil suntikan yang turut dinamakan Depo-provera ini tidak perlu untuk mengambil pil setiap hari, dimana ianya agak melecehkan.
Antara kesan sampingan pengambilan suntikan Depo-provera ini adalah pendarahan yang berlaku di antara tempoh ‘period’, haid yang datang dengan tidak teratur dan haid yang lebih berpanjangan dari biasa. Perkara ini biasa berlaku terutamanya dalam tempoh selepas suntikan pertama atau kedua. Jika ini tidak berlaku kepada anda, ia masih normal. Suntikan ini efektif serta merta selepas suntikan. Tapi jika anda telah melakukan hubungan sebelum mendapat suntikan, anda seharusnya mengambil kontrasepsi emergency untuk mencegah kehamilan.
Untuk mengetahui informasi yang lebih lanjut tentang suntikan pencegah kehamilan, anda disarankan untuk berkonsultasi dengan doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih