
Sulit
4 tahun
Cara mngesan waktu subur dan ikhtiar hamil
Hi doc. Saya wanita 20an.baru sahaja berkahwin dalam masa 5 bulan. Saya dan suami ingin merancang mendapatkan zuriat. Masalah saya kitaran haid saya tidak same setiap bulan. Ade masa 45 hari, 30 hari, 29 hari setiap bulan tidak sama. Bagaimana saya ingin tahu waktu subur saya? Saya lakukan ovulation test kit pada hari ke 14 masih tidak dpt keputusan positive.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid tidak teratur, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat untuk mencari punca haid tidak teratur anda memandangkan anda ingin merancang keluarga. Selain daripada itu, rawatan juga dapat diberikan kepada anda.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Untuk masalah haid yang tidak teratur, adalah susah untuk mengetahui tempoh subur seseorang wanita. Oleh itu, pemeriksaan lanjut dan mendapatkan nasihat doktor adalah jalan yang terbaik pada masa ini.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.