
Sulit
4 tahun
Cara nak hilangkan blackhead dengan cara selamat
selamat sejahtera doktor, baru-baru ini saya ada perasan yang saya ada blackhead di muka dan saya sangat risau…ada tak cara yang selamat untuk saya menghilangkan blackhead di muka saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapaperkara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah anda:
- Meningkatkan penjagaan kebersihan muka
- Menggunakan produk penjagaan kulit muka yang sesuai dengan jenis kulit
- Menggunakan masker
- Sentiasa menggunakan pelembab muka
Sekiranya anda masih risau, anda juga boleh berhubung dengan doktor pakar kulit untuk mendapatkan rawatan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah andaSekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.