
Sulit
5 tahun
Cara nak hilangkan dark circle
selamat sejahtera doktor. dah lama saya ada dark cirle di bawah mata saya…saya dah guna pelbagai cara untuk pulihkan tetapi ia tidak pulih…mengapa? ada cara lain tak yang boleh dilakukan untuk memulihkan dark cirle saya?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Kekurangan tidur
- Habit tidur yang tidak sihat
- Hiperpigmentasi
- Kekurangan tisu lemak di sekitar mata
- Anemia atau kurang darah
- Terdedah dengan terlalu lama dengan cahaya matahari
Anda boleh:
- Mendapatkan tidur yang secukupnya
- Kompres dengan benda yang sejuk
- Tutup dengan alat solek
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.