
Sulit
4 tahun
Cara nak lulus ujian air kencing bagi penghisap ganja
Jujur saya pengguna ganja yg kuat dan tegar dan ingin masuk kerja di sebuah kilang, saya ingin tahu apakah cara terbaik untuk dpt result air kencing yg positif ganja kerana sya sgt memerlukan kerja itu, tlg bantu saya doctor saya merayu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, buat masa ini, tiada cara untuk membuang ganja daripada air kencing dalam masa yang singkat. Ganja akan berada di dalam badan seseorang dan menyebabkan air kencing penggunanya positif selama 3 hingga 30 hari dan boleh menjadi lebih lama sekiranya ganja digunakan dengan kerap.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.