
Sulit
4 tahun
Cara nak tahu saya ni sakit ape sebenarnya
Ada xcara klinik kesihatan kerajaan check saya ni sakit ape sebenarnya? Saya tgah sakit skrg ni tp doktor sendiri pun xtahu saya sakit ape… Selain daripada ambil darah untuk check pesakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, bagi mengetahui punca masalah atau penyakit yang anda hadapi, kondisi kesihatan anda secara menyeluruh adalah diperlukan. Maklumat yang diperlukan oleh doktor diambil daripada pertanyaan mengenai keluhan/gejala dan hasil daripada pemeriksaan yang dianjurkan. Pemeriksaan tidak terhad kepada pengambilan darah sahaja, ia bergantung kepada indikasi setiap pesakit berdasarkan masalah yang dihadapi. Pemeriksaan lain yang dimaksudkan adalah seperti pemeriksaan fizikal dan radiologi.
Penetapan diagnosis suatu penyakit adalah mustahak untuk memberikan rawatan yang tepat. Justeru, ia perlu dilakukan secara terperinci dan berperingkat serta dalam hal tertentu, khidmat dan nasihat daripada doktor pakar adalah diperlukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan selanjutnya. Terima kasih