afifahhkhusairi
5 tahun
Cara pemakanan pil perancang untuk wanita yang period tak teratur
Hai, saya baru sahaj lepas bersalin kan anak pertama 3 bulan lepas dan ingin start family planning dgn memakan pil perancang. Boleh ke kalau makan pil perancang ketika tidak datang haid? Sebab saya mempunyaim masalah period tak teratur, dan saya tidak pasti bila period pertama saya akan dtg, dan kemungkinan ianya mengambil masa yg lama. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda boleh memulakan pil pertama walaupun haid anda masih tidak teratur. Anda disarankan untuk menggunakan pil progestin sahaja kerana anda masih menyusu bayi anda. Pil hormon gabungan boleh mengganggu penghasilan susu. Apabila anda mulakan pek pil perancang, anda harus menggunakan kondom sekiranya bersetubuh dalam jangka masa 7 hari pertama anda mulakan pil ini. Hal ini kerana, potensi untuk pensenyawaan masih tinggi pada waktu ini.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.



































