
Sulit
3 tahun
Cara pengambilan acid folic
Hi Doctor,
Saya Atikah, saya ingin tahu cara pengambilan acid folic yang betul adakah kita perlu ambil acid folic pada waktu pagi selepas makan? atau pagi sebelum makan? saya juga ingin tahu acid folic ini perlu diambil sehari sebiji atau lebih? saya ingin merancang mempunyai anak.
saya harap doktor dapat menjawab soalan saya
Terima Kasih

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, jika anda mengambil asid folik setiap hari, anda perlu mengambil asid folik pada pada waktu yang sama setiap hari pagi ataupun malam. Kebiasaannya asid folik diambil setiap hari namun terdapat juga keadaan di mana anda hanya perlu ambil sekali seminggu sahaja.
Dos yang biasa disarankan oleh doktor bagi wanita yang sedang merancang atau pada awal kehamilan adalah 400 gram setiap hari. Namun bagi wanita yang mengalami masalah kesihatan tertentu mungkin memerlukan pengambilan dalam dos yang lebih tinggi. Sebaiknya, rujuk kepada doktor anda bagi mengetahui dos yang perlu diambil.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.