
Anonymous
5 tahun
Cara pengambilan pil kecemasan
Salam doc…pil kecmasan d ambil seblum melakukan seks atau pun sesudah melakukan seks?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan, Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan. Ia diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Untuk menjawab soalan anda, pil postinor pertama diambil dalam masa 72 jam setelah bersetubuh, pil kedua diambil setelah 12 jam dari pengambilan pil pertama. Jika anda mengambil kedua pil sekaligus, ini mengurangkan keberkesanan pil tersebut.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.