Sulit
6 tahun
Cara pengambilan Postinor bersama Oraclon
Saya mengambil pil perancang Oraclon secara harian.Saya terlupa mengambil pil pada hari ke-5 selepas mengambil pil pertama kemudian melakukan hubungan (tanpa perlindungan) dengan suami pada hari ke-7.Saya merancang untuk mengambil pil Postinor untuk mengurangkan risiko hamil.Soalan saya, jika hari ke-8 saya mengambil Postinor adakah perlu mengambil pil harian Oraclon seperti biasa pada hari yg sama dan seterusnya?
Terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda terlupa untuk mengambil pil perancang harian selama 1 hari, anda boleh segera mengambil pil yang anda lupa dan teruskan pengambilan pil yang seterusnya. Anda tidak perlu mengambil pil perancang kecemasan bagi hal tersebut. Namun jika anda sudah mengambil pil perancang kecemasan, anda hanya perlu ambil pil perancang harian biasa sahaja dan tidak perlu pil perancang kecemasan. Anda perlu diingatkan bahawa jika anda mengambil pil perancang kecemasan dan harian dalam satu kitaran haid, anda akan mengalami gangguan kitaran haid yang tidak menentu pada masa akan datang. Sekiranya anda mempunyai soalan-soalan berkaitan pil perancang, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































