
Sulit
4 tahun
Cara pengambilan ubat antibiotik
Saya wanita berusia 30an. Saya jarang sakit dengan menerima rawatan seperti antibiotik. Selepas di kesan mengalami jangkitan bakteria, doktor telah memberikan saya ubat antibiotik.
Bagaimana cara betul untuk makan ubat antibiotik?
Ubat di ambil selepas makan. Tapi adakah selepas 2jam makan ataupun sejurus selepas makan?
Adakah ubat akan berkesan klu diambil sejurus selepas mkn pagi/mlm?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pengambilan ubat anti-biotik adalah bergantung kepada jenis ubat serta jenis jangkitan kuman. Secara amnya, jika ubat tersebut mengkehendaki anda mengambilnya selepas makan, maka anda boleh mengambil ubat tersebut sekurang-kurangnya 15-30 minit selepas makan. Manakala jika ubat itu membuatkan anda mengantuk, ianya tidak sesuai diambil pada waktu pagi dan lebih sesuai diambil pada waktu malam. Ubat antibiotik secara amnya boleh diambil pada bila-bila masa melainkan ianya tertulis untuk diambil pada waktu tertentu dan jumlahnya perlu diikuti agar tidak terkurang atau terlebih dos.
Sekiranya anda mempunyai persoalan kesihatan atau ubat-ubatan, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.