
Sulit
4 tahun
Cara pengambilan ubat ubatan
Saya berumur 19 tahun, saya mengamalkan evening primrose oil, dalam masa yang sama, saya nak ambil noresthisterone. Apakah yang perlu saya buat ? Adakah saya perlu berhenti mengamalkan EPO atau boleh diambil kedua duanya sekali?

4 tahun
Salam sejatera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, anda boleh mengambil evening primrose oil dan norethisterone (pil perancang) bersama dan tidak mengganggu antara satu sama lain. Evening primrose oil merupakan supplemen yang patut dielakkan dengan ubat:
- ubat antikonvulsi
- ubat anti pembekuan darah
- ubat anti platelet
- ubat phenothiazine
Utamakan kesihatan anda hari ini! Sentiasa kekal cergas!
Namun begitu, ini hanya lah keterangan am tentang hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda boleh klik (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.