
Sulit
4 tahun
Cara pengambilan vit c
salam sejahtera,
saya berumur 30 tahun. sekarang saya baru consume vit c (flavettes). saya diberitahu jika pengambilan vit c secara berlebihan dikhuatiri sakit buah pinggang. jadi saya ingin tahu bagaimana pemgambilan vit c sepatutnya. dan bagaimana ketika bulan ramadhan. fyi, saya tiada sejarah penyakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya sarankan anda mengikut arahan yang terdapat pada produk tersebut kerana ianya berbeza mengikut jenama. Sekiranya anda ingin mengambil vitamin C semasa bulan ramadhan, anda boleh mengambil selepas sahur atau setelah berbuka puasa.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana maklumat lanjut diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.